Wednesday, 25 November 2015

RESEPI SNOW CHEESE CAKE / KEK CHEESE LELEH






Assalammmualaikum dan Salam sejahtera ....
kepada anda semua yang sudi jenguk-jenguk keblog Cik Zola..selamat datang cik zola ucap kan .......
Hari ni, cik zola nak kongsikan 1 resepi yang still hot di pasaran. resepi pandan cheese cake AKA kek pandan cheese leleh.....
Dari apa yang cik zola lihat dan tenguk ramai org yg cuba buat kek ni tapi x menjadi.....
so...disini cik zola akan kongsikan resepi yang cik zola sendiri telah gunakan untuk pelbagai tempahan.....
kebetulan esok 27/11/2015 kami warga2 Perak akan bercuti.... so harini cik zola pon membaking la kek ni atas permintaan family di kampung..


apa nunggu lagi moooh laahh kita tengok resepi nyeeeeerr..... :




RESEPI PANDAN SNOW CHEESE CAKE / KEK PANDAN KEJU LELEH
BAHAN-BAHAN :
UNTUK KEK

·         100 g tepung gandum* (selalu org guna tpg Hongkong tp sy guna gandum jew) 

·         60 g tepung jagung*

·         1 sudu kecil baking powder*

·         1 sudu kecik soda bikarbonat*

·         2 sudu besar ovalette (penuh2 sudu)

·         100 g gula kastor (mmg ngam2 da rase die..ngam dgn cheese)

·         4 biji telur gred B

·         2 biji kuning telur

·         50 ml air sejuk (air dari peti sejuk)

·         75 g mentega cair (sy guna minyak masak)

·         sedikit esen vanilla

·         1 sudu besar pewarna hijau

·         1 sudu besar perisa pandan

CARA :

1.ayakkan dahulu bahan yg bertanda *.
2.campur semua bahan di atas kecuali minyak je. pukul pada kelajuan yg tinggi sampai gebu..adunan mmg likat macam adunan kuih bahulu..lps tu  baru masukkan mentega cair / minyak.
3.sediakan acuan yg telah dialas dgn baking papaer .. (alas dengan baking paper ye sebab adunan  ni lembut sgt2).
4.bakar dalam oven pada suhu 150C selama 45minit. guna api atas dan bawah.

UNTUK KRIM:


  • 250gm  cream cheese tatura (atas pon apa2 jenis janji cream cheese)
  • 120 gm susu pekat manis
  • 50 gm whipping cream (cik zola guna emborg jew)
UNTUK TOPPING:

  • cheddar cheese (diparut)

CARANYEEE :

1. Bila kek dah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau  dan potong di tengah kek..kita kan nak wat cam sandwich...hihihi.... ikot ketebalan kek..kalau tebal potong kpd 3 bahagian..agak2 jeww




2. Sapukan cream cheese di atas lapisan kek tadi lepas tu parut cheddar cheese atas permukaan kek yg dah disapu cream cheese td....kemudian letakkan 1 keping kek lg di atas kek yg dah di sapu cream cheese td..macam niiii......cik zola potong 2 bahagian jee....








 
3. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
4. Akhir sekali taburkan cheddar cheese  yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya. parut laa byk mn pon nak......pastu tabur sampai tutup semua kek... 





5. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam.... kek ni lg sejuk lg sedap..arini wat simpan dalam peti ais ..esok baru makan lagi laaa sedappppppppppppppppppp..

SESI MENJAMU MATA.......



OK.......SELAMAT MENCUBA....































No comments:

Post a Comment